Lelaki disyaki bunuh isteri, anak negatif dadah

Lelaki disyaki bunuh isteri, anak negatif dadah

Polis berkata, motif pembunuhan dua beranak itu masih dalam siasatan.

Lelaki yang disyaki membunuh isteri dan anaknya berusia tiga bulan dibawa ke mahkamah untuk permohonan perintah reman pagi tadi. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis mengesahkan lelaki yang disyaki membunuh isteri dan anaknya berusia tiga bulan, bebas daripada penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Raub Selamat berkata, hasil ujian saringan air kencing suspek sejurus penahanan mendapati dia negatif dadah.

Katanya, motif pembunuhan dua beranak itu masih dalam siasatan.

Raub juga tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan kemurungan mungkin mendorong suspek bertindak demikian.

“Nanti saya ‘update’ (maklumkan perkembangan),” katanya menurut laporan Harian Metro.

Pencuci kapal berusia 24 tahun itu ditahan di kawasan Permas Jaya, Johor Bahru, beberapa jam selepas dia disyaki mengelar isteri dan anak lelakinya hingga maut di Kampung Bakar Batu.

Polis menahan lelaki itu ketika menunggang motosikal dalam keadaan bogel pada 2.45 petang dan sebilah pisau pemotong daging turut dirampas daripadanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.