
Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, berkata laporan audit forensik mendapati terdapat percubaan menggodam keputusan oleh pihak tidak bertanggunggjawab.
“Namun perkara tersebut telah dikenal pasti dan pakar audit telah memberi cadangan untuk mengemas kini rekod pengundian.
“Proses pemutihan telah dilaksanakan berdasarkan keputusan analisa digital tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Zaliha berkata, JPP telah menerima keputusan tersebut dan ia dibentangkan dalam laman sesawang https:\\pemilihankeadilan2022.com.
Keputusan awal pemilihan dipaparkan di laman sesawang pemilihan PKR menyaksikan jawatan ketua Wanita pusat yang sebelum ini dimenangi Rodziah Ismail, berubah kepada pencabarnya yang juga Ahli Dewan Negara, Senator Fadlina Sidek.
PKR sebelum ini menangguhkan kongres nasional yang dijadualkan pada 24 dan 25 Jun lalu kepada 15 hingga 17 Julai depan bagi memberi ruang audit forensik terhadap bantahan dan aduan diterima berkaitan pemilihan parti.