
Mereka berkata, majoriti yang baharu dilantik sebagai pesuruhjaya hak asasi manusia itu tidak mampu memberi keyakinan dalam kalangan masyarakat madani dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia sejagat untuk semua rakyat.
“Sebelum ini, pesuruhjaya mempertahankan akreditasi status Suhakam dengan baik, dan kami khuatir ia akan terkesan oleh kumpulan pesuruhjaya lemah yang dilantik,” kata CSO Platform for Reform.
Gabungan itu berkata, Malaysia tidak mampu berdiri dengan bangga dalam Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sambil berdepan situasi politik domestik lemah sehingga menjejaskan hak asasi manusia di negara ini.
Kritikan terhadap kumpulan baharu Suhakam memuncak selepas Rahmat Mohamad dilantik sebagai pengerusi Suhakam. Beliau merupakan penulis bersama satu kertas kerja meyakinkan Majlis Raja-Raja menolak penyertaan Malaysia ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Seorang lagi pesuruhjaya, bekas ketua pengarah Jakim, Nordin Ibrahim, yang membatalkan persidangan jantina dan seksualiti di Kuala Lumpur.
Gabungan itu berkata, dua lagi pesuruhjaya, Nazira Abdul Rahim dan Hasnal Rezua Merican Habib Merican, aktif dalam politik bersama Umno, manakala pesuruhjaya mewakili Sarawak, Dr Chew Chee Meng, tidak mempunyai latar belakang kerja hak asasi manusia.
Gabungan itu juga menuntut badan bebas dalam menguruskan pelantikan pesuruhjaya Suhakam, yang kini pelantikan dibuat menerusi Jabatan Perdana Menteri.