Lindungi kediaman anda daripada kemusnahan ekonomi, alam sekitar

Lindungi kediaman anda daripada kemusnahan ekonomi, alam sekitar

Jutaan rakyat Malaysia terdedah kepada ‘kehancuran’ ekonomi kerana tidak mendapatkan perlindungan insurans.

Agak membimbangkan apabila hampir 74% pemilik kediaman di Malaysia tidak dilindungi terhadap risiko banjir. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tidak kiralah apa pun pendirian anda terhadap isu perubahan iklim, kita tidak dapat menyangkal bahawa kehidupan hari ini dibelenggu persekitaran yang terdedah kepada perubahan cuaca secara mendadak.

Banjir kilat akibat ribut petir yang dialami di Malaysia baru-baru ini nyata menjadi peringatan bahawa kuasa alam masih sukar dijangka, malah tidak dapat dielakkan.

Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menganggarkan sekitar 4.8 juta rakyat di seluruh negara tinggal di kawasan yang berisiko dilanda banjir. Lebih membimbangkan apabila kajian baru-baru ini menunjukkan hampir 74% pemilik kediaman di Malaysia tidak mempunyai perlindungan terhadap risiko banjir.

Dengan lebih 40,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat bencana banjir pada 2021, hujan lebat yang sering berlaku di negara ini mampu membawa lebih banyak kemusnahan, seterusnya menyebabkan ramai rakyat Malaysia terbeban dari segi kewangan.

Selain banjir, iklim tropika di negara ini meningkatkan risiko panahan petir dan kebakaran. Tong gas masih digunakan secara meluas, dan ini meningkatkan risiko kebocoran gas atau letupan dalam kediaman.

Ramai penghuni bangunan berkongsi tembok atau dinding sama di pangsapuri, kondominium, malah rumah teres atau berkembar, menyebabkan kerosakan akibat kebakaran atau air dalam sebuah rumah boleh merebak dengan mudah dan menjejaskan jiran-jirannya.

Dengan ekonomi yang dilanda pandemik masih dalam proses pemulihan dan perintah kawalan pergerakan berakhir, manakala kehidupan seharian kembali kepada sedia kala, peningkatan kadar jenayah, termasuk kes pecah rumah tidak dapat dielakkan.

Takaful Etiqa Home menawarkan tiga pilihan perlindungan mampu milik untuk kediaman dan barangan anda. (Gambar Envato Elements)

Bagi kebanyakan pemilik rumah, sebahagian besar simpanan dan perancangan persaraan mereka bergantung kepada ekuiti dalam hartanah yang dimiliki. Untuk melindungi pelaburan dan simpanan bererti anda perlu mengenal pasti dan memahami semua risiko ini, seterusnya membuat pilihan paling bijak dalam usaha mengurangkan kesannya, sekiranya malang menimpa.

Takaful semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman dan agama disebabkan model perniagaannya, dengan peserta yang berdepan musibah dibantu menerusi derma (“tabarru”) daripada satu dana risiko.

Takaful Etiqa Home adalah contoh baik yang menawarkan tiga pilihan perlindungan mudah lagi berpatutan untuk kediaman dan harta benda anda.

Sama ada anda pemilik kediaman atau sekadar menyewa, anda boleh mengurangkan risiko dihadapi dengan melindungi dan mengutamakan perlindungan hartanah, isi kandungannya atau gabungan kedua-duanya untuk ketenangan fikiran sepenuhnya.

Takaful Pemilik Rumah dan Isi Rumah meliputi pelbagai kerosakan.

Takaful Pemilik Rumah (untuk sesebuah bangunan) dan Isi Rumah (untuk isi kandungan dalam bangunan) memberi perlindungan bagi kerosakan akibat:

  • Kebakaran, kilat dan letupan berpunca daripada gas untuk kegunaan domestik.
  • Pesawat dan peranti udara atau barang yang jatuh daripadanya.
  • Kerosakan kesan impak oleh kenderaan atau haiwan.
  • Pecahan atau limpahan tangki, alat atau paip air.
  • Kecurian yang melibatkan kemasukan secara paksaan dan keganasan ke dalam dan keluar dari rumah.
  • Ribut taufan, puting beliung dan angin taufan, gempa bumi, letupan gunung berapi atau banjir.
  • Kerugian sewa – had sehingga 10% berdasarkan jumlah perlindungan
  • Liabiliti kepada pihak ketiga untuk kemalangan di dalam rumah anda (had liabiliti sehingga RM50,000)

Sebagai tambahan, takaful Isi Rumah turut meliputi:

  • Isi kandungan yang dikeluarkan sementara dari rumah (dihadkan 15% daripada jumlah keseluruhan perlindungan terhadap isi kandungan).
  • Kerosakan kepada cermin, selain cermin tangan (dihadkan RM500 setiap keping bagi satu-satu kemalangan).
  • Pampasan atas kematian peserta; disebabkan kebakaran atau rompakan apabila berlaku kemasukan ganas dan secara paksa ke dalam rumah (dihadkan RM10,000 atau separuh daripada jumlah diinsuranskan ke atas isi kandungan, yang mana lebih rendah).
  • Harta milik pembantu rumah.
Aplikasi Etiqa e-Cleva pantas dan cekap. (Gambar Envato Elements)

Untuk memudahkan keadaan, tuntutan boleh dikendalikan secara langsung menerusi aplikasi Etiqa e-Cleva. Hanya satu panggilan telefon kepada hotline e-Cleva di 1-300-88-1007, peserta takaful akan diberikan arahan menerusi SMS untuk memulakan panggilan video bagi membolehkan perunding tuntutan menilai kerosakan kecil secara masa nyata.

Anda juga tidak perlu menunggu beberapa hari atau minggu untuk mendapat bayaran, sebaik menerima dan menandatangani surat tawaran menerusi telefon pintar, anda akan terus menerima bayaran ke akaun bank anda dalam tempoh 30 minit.

Dengan pelan komprehensif yang bermula serendah RM5.30 sebulan, anda pasti lega kerana perlindungan terhadap kediaman anda dan isi kandungannya begitu berpatutan.

Anda juga akan menerima rebat segera sebanyak 15% jika mendaftar untuk perlindungan ini secara dalam talian. Carilah pelan yang sesuai dengan memilih apa yang anda mahukan, dan dapatkan sebut harga segera di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.