Aidiladha disambut 10 Julai

Aidiladha disambut 10 Julai

Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman selepas aktiviti cerapan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara petang tadi.

Sambutan Aidiladha jatuh pada Ahad, 10 Julai , menurut pengumuman oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.
PETALING JAYA:
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada hari Ahad, 10 Julai.

Perkara itu diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman sebentar tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.