
Beliau diminta memberi komen oleh pihak media yang menunggu di lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Memetik laporan Berita Harian, bekas timbalan perdana menteri itu bagaimanapun hanya tersenyum kepada pihak media.
Sementara itu, seorang pegawai beliau memaklumkan Zahid belum berhasrat untuk memberikan sebarang komen setakat ini berhubung perkara yang dibangkitkan itu.
Zahid hadir ke mahkamah pagi ini bagi membela diri terhadap tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Semalam, Tajuddin dalam satu sidang media mendedahkan beliau adalah saksi bahawa Umno menghantar SD kepada Agong untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut secara terbuka mendesak Zahid melepaskan jawatan presiden parti, selain mendakwa hampir 130 ketua bahagian Umno mahu beliau berbuat demikian.