Sabak Bernam, Hulu Selangor antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Sabak Bernam, Hulu Selangor antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Lima negeri menerima amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan iaitu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di lima negeri, iaitu Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor, petang ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran cuaca buruk melibatkan Sabak Bernam dan Hulu Selangor di Selangor.

Sementara di Perak, antara bahagian dijangka terjejas adalah Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim. Di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Pekan dan Rompin.

Selain itu, di Negeri Sembilan, Jelebu dan Jempol menerima amaran sama. Amaran sama turut dikeluarkan di Johor melibatkan Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 4 petang ini,” kata MetMalaysia.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.