Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri

Amaran ribut petir, hujan lebat di 3 negeri

Cuaca buruk dijangka berlaku hingga 9 pagi ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di tiga negeri, iaitu Perlis, Kedah dan Selangor pagi ini, menurut MetMalaysia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Perlis, Kedah dan Selangor, pagi ini.

MetMalaysia dalam pemakluman di Facebook berkata, amaran cuaca buruk itu melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang di Selangor.

Sementara itu, di Kedah antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Pendang.

“Amaran cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga jam 9 pagi ini,” katanya.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.