
Shafie berkata, jumlah itu lebih tinggi daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan negara sebanyak RM76.6 bilion.
“Dari mana kita akan dapatkan wang untuk perkara ini?” tanya bekas ketua menteri Sabah itu dalam kenyataan.
Beliau berkata, kerajaan perlu membelanjakan RM92 bilion tahun ini, iaitu gabungan RM76.6 bilion untuk subsidi pengguna dan RM15 bilion dalam pembayaran balik hutang 1MDB menjelang akhir 2022.
Beliau menggesa semakan semula gaji dan elaun menteri serta pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dilakukan dengan segera.
Beliau memetik kenaikan elaun 60% kepada pengerusi FGV Holdings Bhd (FGV) baru-baru ini.
“Saya mencadangkan bukan sahaja pemotongan 25% gaji dan elaun mereka, tetapi jumlah menteri dan timbalan menteri dikurangkan separuh,” katanya dengan menggesa gaji dan bonus pengurusan tertinggi serta lembaga pengarah GLC dibekukan.