Polis tahan 10 pelajar buli junior angkara cemburu

Polis tahan 10 pelajar buli junior angkara cemburu

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua pelajar berusia 16 hingga 17 tahun itu memukul dan mencederakan pelajar junior berkenaan menggunakan seterika panas antara jam 12.30 malam hingga 1 pagi.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan cemburu apabila mangsa berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita salah seorang suspek.
PETALING JAYA:
Polis menahan 10 pelajar sebuah sekolah di Teluk Intan berkaitan kes buli secara kekerasan terhadap pelajar Tingkatan 2 pada Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Mior Faridalathrash Wahid berkata, semua pelajar berusia 16 hingga 17 tahun memukul dan mencederakan pelajar junior berkenaan menggunakan seterika panas antara jam 12.30 malam hingga 1 pagi.

“Salah seorang suspek telah membawa mangsa ke bilik asrama suspek dan kemudian memukul mangsa secara beramai-ramai dan mencederakan mangsa menggunakan seterika panas pada badan mangsa.

“Mangsa kemudian menghubungi ibu dan mengadu sakit di bahagian pinggang. Ibu mangsa kemudian membawa mangsa ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perasaan cemburu apabila mangsa berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita salah seorang suspek.

“Semua suspek ditahan pada hari sama pada jam 11.20 malam sejurus menerima laporan pada 9.40 malam.

“Semua suspek kini direman empat hari bermula semalam hingga 27 Jun bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148/326 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.