Laporan audit forensik pemilihan PKR dijangka siap Sabtu

Laporan audit forensik pemilihan PKR dijangka siap Sabtu

Hasil audit tersebut sepatutnya dibentangkan semalam, namun kata Pengerusi JPP PKR Zaliha Mustafa, pakar memerlukan lebih masa.

Pengerusi JPP PKR Zaliha Mustafa berkata, tiada aduan tambahan diterima mengenai pemilihan PKR baru-baru ini, namun jika ada, pihaknya akan menyerahkan kepada kepimpinan baharu parti. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Laporan akhir audit forensik pemilihan PKR dijangka akan dikeluarkan dalam masa dua hari lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP) Zaliha Mustafa memberitahu FMT, pakar meminta masa tambahan untuk menyiapkan laporan siasatan mereka.

“Mereka perlu satu atau dua hari untuk keluarkan laporan audit forensik. Data tu besar, jadi analisis tu perlukan masa,” katanya apabila ditanya mengenai hasil audit tersebut yang sepatutnya dibentangkan semalam.

“Tiada penambahan aduan, kita dah tutup tarikh penerimaan aduan. Kalau ada, kita akan serah kepada pimpinan baharu.”

Terdahulu dilaporkan bahawa keputusan tidak rasmi pemilihan PKR mungkin berubah apabila laporan akhir audit forensik dibentangkan.

Pada 16 Jun, Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa audit forensik itu dipercepat bagi membolehkan notis memanggil Kongres Nasional dapat dikeluarkan mengikut masa ditetapkan, sesuai dengan perlembagaan parti.

Ia juga bagi membolehkan PKR mempersiapkan jentera bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.