
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pekerja yang merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun itu melecur tahap kedua.
Katanya, sembilan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikerahkan ke tempat kejadian, selepas menerima panggilan kecemasan pada 12.30 tengah hari.
“Tiba di lokasi, didapati berlaku letupan di dalam sebuah kedai makan, namun ia tidak membabitkan struktur asal bangunan.
“Kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran gas,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, tindakan pengudaraan dilakukan bagi membolehkan pertukaran udara di ruang dalam bangunan.