Dihalang undi pada PRN, pengundi Johor dibenar cabar SPR

Dihalang undi pada PRN, pengundi Johor dibenar cabar SPR

Tamileswaaran Ravi Kumar mendakwa pegawai SPR menghalangnya mengundi dalam PRN Johor pada 12 Mac, walaupun disahkan negatif Covid-19 melalui ujian kendiri.

Tamileswaaran Ravi Kumar memohon pengisytiharan bahawa keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya menghalangnya daripada mengundi melanggar hak Perlembagaannya.
KUALA LUMPUR:
Mahkamah Tinggi di sini membenarkan seorang pengundi di Skudai mencabar keputusan kerajaan menghalangnya mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) Johor kerana status kuarantin Covid-19.

Hakim Noorin Badaruddin membenarkan cubaan Tamileswaaran Ravi Kumar untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pendengaran hari ini.

Tamileswaaran, 26, mendakwa dia dihalang mengundi dalam PRN pada 12 Mac oleh pegawai SPR, walaupun disahkan negatif Covid-19 melalui ujian kendiri.

Katanya, SPR membuat keputusan salah untuk menghalangnya daripada mengundi kerana status kuarantin Covid-19.

Dia memohon pengisytiharan bahawa keputusan SPR melanggar hak Perlembagaannya dan menuntut ganti rugi.

Awal bulan ini, kumpulan reformasi pilihan raya, Bersih berkata, ia membantu Tamileswaaran memfailkan tindakan mahkamah itu.

Kumpulan itu berpendapat undang-undang pilihan raya tidak memberi sebarang kuasa kepada SPR untuk menafikan hak mengundi seseorang atas alasan penyakit berjangkit, walaupun mereka sepatutnya dikuarantin.

New Sin Yew dan Beatrice Chin mewakili Tamileswaaran, manakala Peguam Kanan Persekutuan, Al-Saifi Hashim, Nik Ahmad Marzuki Nik Mohamed dan Nur Aqitah Abdul Halim mewakili SPR.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.