
Semua pelajar yang berumur antara 18 dan 19 tahun itu membuat pengakuan berkenaan di hadapan majistret Nadhirah Abdul Rahim selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.
Bagaimanapun, mahkamah menunggu laporan akhlak yang akan diserahkan pada 10 Ogos sebelum menjatuhkan hukuman.
Mengikut pertuduhan, semua pelajar berkenaan, yang ketika itu berumur antara 16 dan 17 tahun, dituduh dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa berusia 16 tahun di kawasan asrama sekolah berkenaan antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi, pada 27 Okt 2020.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.
Mahkamah membenarkan semua pelajar itu masing-masing diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Preeya, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Nurliyana Mohd Radzi.