Anak gajah mati dirempuh 4WD, seorang wanita cedera

Anak gajah mati dirempuh 4WD, seorang wanita cedera

Kejadian berlaku pada 9.30 malam, seorang wanita warga tempatan cedera ringan, manakala pemandu 4WD selamat.

Keadaan 4WD selepas merempuh anak gajah melintas hingga mati di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, Kluang, Johor, malam semalam. (Gambar Facebook Aku Budak Kluang)
PETALING JAYA:
Seekor anak gajah mati dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 40, Jalan Batu Pahat-Mersing dekat Kampung Sri Timur, Kluang, Johor, malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Kluang, Abdul Razak Abdullah Sani, dalam kejadian 9.30 malam, seorang wanita warga tempatan, 53, cedera ringan, manakala pemandu kenderaan itu selamat.

“Kenderaan 4WD dari Kahang ke Kluang terbabit kemalangan dengan seekor anak gajah yang sedang melintas jalan.

Anak gajah mati selepas dirempuh 4WD. (Gambar Facebook Aku Budak Kluang)

“Akibat kemalangan ini, pemandu kenderaan pacuan iaitu seorang lelaki tempatan berusia 50 tahun tidak mengalami kecederaan. Penumpang yang cedera menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.

“Anak gajah yang dilanggar mati di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan dengan sebaiknya,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.