
Kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang sewaktu mangsa yang berusia 56 tahun dikatakan menangkap ikan bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam laut dan kakinya terbelit pada pukat.
Menurut Pengarah Maritim negeri Abd Razak Mohamed, sebaik menerima maklumat daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Langkawi, pasukannya diatur gerak ke tempat kejadian bagi melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat).
“Ketika tiba di lokasi, anggota pasukan menemui mangsa dalam keadaan terapung di permukaan air berhampiran bot yang dinaiki bersama rakannya dan dipercayai sudah meninggal dunia.
“Rakan mangsa yang berada di situ mendakwa, lelaki terbabit terjatuh ke dalam laut selepas kakinya terbelit pada pukat,” katanya, menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa menaiki bot ke jeti Pasukan Polis Marin Batu Uban.
“Mayat mangsa diserah kepada polis sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi tindakan lanjut,” katanya.