Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Lembah Klang antara lokasi terima amaran cuaca buruk

Negeri yang dijangka menerima amaran cuaca buruk itu adalah Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk diramal berlaku di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga 2.00 petang ini.

MetMalaysia dalam satu pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu dijangka berlaku di Perak, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Kuala Langat sementara Kuala Lumpur turut mengalami amaran sama.

“Perak pula membabitkan tiga kawasan, iaitu Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.” menurut agensi itu.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.