PRU15: Gerakan sasar tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN

PRU15: Gerakan sasar tanding 35 kerusi Parlimen, 62 DUN

Presiden Gerakan Dominic Lau berkata parti itu fokus bertanding di kawasan sasaran atau berpeluang tinggi untuk menang.

Sebanyak 35 kerusi Parlimen dan 63 Dewan Undangan Negeri menjadi sasaran untuk ditandingi Gerakan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
PETALING JAYA:
Gerakan berhasrat bertanding 35 kerusi Parlimen dan 62 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata presidennya, Dominic Lau.

Katanya, parti itu fokus kepada kualiti dan bukannya kuantiti, selain sudah menerima senarai kerusi berkenaan daripada ketua parti negeri.

“Saya sudah mengarahkan pengerusi negeri mengadakan mesyuarat secepat mungkin dengan pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri masing-masing.

“Ini supaya mereka dapat mencapai kata sepakat dan keputusan yang memberi kebaikan dan kejayaan kepada PN pada PRU15,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Dominic Lau.

Dominic berkata, kerusi yang menjadi sasaran atau berpeluang tinggi untuk menang sahaja akan ditandingi Gerakan.

“Ini kerana Gerakan berhasrat menjadi suara rakyat yang paling utama di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu kedudukan ke-32 Malaysia dalam Ranking Daya Saing (WCR) Institusi Antarabangsa, beliau berkata, negara lain sibuk berlumba-lumba untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih ketara, namun Malaysia pula sibuk untuk mengadakan PRU.

“Semua negara mengalami krisis ekonomi dan kesihatan, tetapi Malaysia turut terjejas dengan krisis politik yang menyaksikan perebutan kerajaan dan jawatan perdana menteri.

“Situasi seperti ini sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur untuk meletakkan pelaburan mereka di Malaysia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.