KKM akan sambung semula PICKids, bergantung pada permintaan

KKM akan sambung semula PICKids, bergantung pada permintaan

Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali berkata, program yang berakhir 31 Mei lalu itu boleh dipertimbangkan semula khas untuk kawasan terpencil atau tiada liputan komunikasi.

Sehingga 10 Jun lalu, seramai 1,223,569 atau 34.5% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun lengkap divaksin. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menyambung semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) percuma, bergantung kepada permintaan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Noor Azmi Ghazali.

Beliau dipetik Harian Metro ketika menghadiri sebuah majlis di Bagan Serai berkata, program yang berakhir 31 Mei lalu itu boleh dipertimbangkan semula khas untuk kawasan terpencil atau tiada liputan komunikasi.

Sehingga 10 Jun lalu, seramai 1,223,569 atau 34.5% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun lengkap divaksin, manakala 2,913,149 remaja berumur 12 hingga 17 tahun atau 93.6% lengkap dua dos vaksin.

Sebelum ini, KKM dilaporkan tidak berhasrat melanjutkan PICKids kerana telah memberi masa mencukupi kepada ibu bapa untuk membawa anak mereka mendapatkan vaksinasi percuma.

Ibu bapa yang mahu mendapatkan vaksin Covid-19 untuk anak masing-masing perlu ke klinik swasta dengan bayaran tertentu, manakala kanak-Kanak yang belum mencapai usia lima tahun akan terus diberi peluang mendaftar dan membuat janji temu di pautan yang diberikan hingga 31 Jan 2023.

Media turut melaporkan kerajaan tidak mengawal kos pemberian vaksin oleh fasiliti kesihatan swasta yang termasuk caj konsultasi serta harga vaksin, bergantung sepenuhnya kepada pihak yang menawarkan perkhidmatan itu, susulan penamatan PICKids.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.