Disyaki minta RM1,000 pulang kad UNHCR, pegawai penguat kuasa direman

Disyaki minta RM1,000 pulang kad UNHCR, pegawai penguat kuasa direman

Suspek meminta wang itu sebagai balasan memulangkan kad UNHCR pekerja yang diambil semasa pemeriksaan pada 17 Mei lalu.

Suspek berusia 32 tahun dipercayai meminta RM1,000 untuk memulangkan kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja disyaki penagih dadah.
KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai penguat kuasa sebuah agensi kerajaan direman sehari bagi membantu siasatan kes rasuah RM1,000 berhubung kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) milik seorang pekerja.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Syafiqah Noorinda di Lokap Berpusat Dang Wangi.

“Suspek yang berusia 32 tahun ditahan sekitar Sentul kira-kira 10 malam, semalam,” katanya.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta RM1,000 daripada seorang pemilik kedai sebagai balasan memulangkan kad UNHCR pekerjanya yang diambil semasa pemeriksaan di premis itu, pada 17 Mei lalu, kerana disyaki penagih dadah.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Razaliah Ab Rahman mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.