Projek perumahan baru Sunway Property berhampiran stesen MRT dengan harga bermula daripada RM320,000*

Projek perumahan baru Sunway Property berhampiran stesen MRT dengan harga bermula daripada RM320,000*

Nikmati gaya kehidupan resort di Jernih Residence, bangunan tertinggi di Kajang yang santai dengan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan.

Nikmati pemandangan latar langit bandar Kajang yang cerah dari Jernih Residence.

Bayangkan anda temui rumah idaman anda yang dekat dengan segala bentuk kemudahan, dengan gaya hidup resort dan pemandangan latar langit bandar yang menakjubkan.

Projek perumahan Jernih Residence oleh pemaju komuniti utama Sunway Property memenuhi impian pemilik rumah dan pelabur hartanah. Ia pasti akan memuaskan hati anda.

Jernih Residence yang bakal dibina adalah pembangunan bertingkat tertinggi seluas 5.28 ekar di tengah-tengah pusat bandar Kajang.

Selain menikmati pemandangan terindah dari bandar Kajang, Cheras dan Kuala Lumpur, penghunii turut ditawarkan pelbagai kemudahan di sekeliling mereka.

Harga permulaan seunit RM320,000* bagi pembangunan berorientasi transit pegangan bebas ini menjadikannya salah satu pilihan terbaik bagi mereka yang ingin melabur dalam hartanah kedua atau hartanah masa depan untuk waris mereka.

Lokasi yang strategik

Jernih Residence terletak hanya selangkah dari stesen MRT Sungai Jernih, yang berada hanya satu stesen dari bandar Kajang di mana penghuni boleh memenuhi keperluan perbankan mereka, membeli-belah atau menjamu selera bersama keluarga dan rakan-rakan.

Penghuni tidak perlu lagi menghadap kesesakan lalu lintas atau mencari tempat letak kereta di sekitar bandar KL kerana mereka boleh menaiki LRT yang boleh sampai terus ke KL Sentral, KLCC, Pavilion Bukit Bintang, Sunway Velocity dan sebagainya.

Penghuni juga boleh membeli-belah di kedai runcit mahupun menjamu selera di restoran yang terletak betul-betul di bawah rumah mereka.

Reka bentuk Jernih Residence yang mementingkan ketelitian.

Jernih Residence terletak di kawasan kejiranan yang matang di Kajang yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada penghuni di sekeliling mereka.

Dalam radius 500 meter dari Jernih Residence, penghuni boleh memenuhi keperluan barangan runcit mereka dengan hanya berjalan kaki ke Lotus Kajang yang terkenal.

Mereka juga boleh berkunjung ke pasar Kajang yang berhampiran untuk membeli barangan segar bagi memenuhi keperluan masakan.

Malah, Hospital Pakar KPJ Kajang terletak dalam lingkungan 300 meter radius sekiranya penduduk memerlukan perkhidmatan perubatan.

Hospital Kajang yang juga terletak berhampiran turut memberikan kemudahan kepada penghuni.

Penghuni juga boleh mengakses pendidikan berkualiti daripada institusi seperti Kolej Universiti New Era, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), UniKL, Beaconhouse Newlands International School yang berada dalam radius 1km.

Sekiranya memandu menjadi pilihan, penghuni boleh menikmati akses strategik ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Cheras-Kajang (CKE), Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang dan Lebuhraya Kajang-Seremban.

Berjemur di bawah sinaran matahari atau berenang di kolam infiniti Jernih Residence.

Gaya hidup yang unik

Rumah seharusnya menjadi ruang selamat di mana anda boleh berehat secukupnya selepas hari yang sibuk. Jernih Residence dilengkapi pelbagai kemudahan untuk membawa konsep gaya hidup seperti resort.

Penghuni boleh berenang di kolam infiniti yang terletak di tingkat 10 bangunan sambil menikmati pemandangan bandar Kajang yang menakjubkan.

Terdapat juga kolam renang kanak-kanak dengan gelongsor air untuk mewujudkan pengalaman akuatik yang seronok.

Bagi penduduk yang gemar aktiviti luar, pangsapuri perkhidmatan ini menyediakan gelanggang bola keranjang kecil serta gelanggang serbaguna untuk peminat sukan bagi menikmati aktiviti bersama rakan dan keluarga.

Turut disediakan adalah kemudahan lain seperti pusat senaman, gimnasium, taman balkoni, platform serbaguna, surau, laluan berjoging, taman permainan kanak-kanak dan pusat aktiviti kanak-kanak.

Dengan ruang luaran yang banyak, penganjuran parti bersama rakan dan keluarga amat mudah.

Penghuni akan tertarik dengan laman acara, pavilion pesta serta teres BBQ yang disediakan.

Seluruh kawasan berlandskap indah menjadikannya latar belakang sempurna untuk semua majlis.

Penghuni boleh menganjurkan parti hari jadi atau meluangkan masa bersama rakan di teres BBQ yang disediakan.

Sistem keselamatan 24/7 tiga peringkat yang komprehensif juga dipasang supaya penghuni boleh berehat di rumah masing-masing dengan mengetahui keselamatan mereka terjamin.

Sebagai sebuah pangsapuri perkhidmatan daripada Sunway Property, Jernih Residence berada dalam jarak berjalan sejauh 50m dari stesen MRT.

Dengan harga permulaan RM320,000* seunit, ia merupakan rumah ideal bagi mana-mana keluarga, pasangan atau individu yang ingin mencari ruang peribadi diri sendiri.

Pembeli hartanah mempunyai tiga pilihan pelan lantai berbeza dari 550 kaki persegi hingga 850 kaki persegi. Unit termasuklah yang mempunyai pilihan 1+1 hingga tiga bilik tidur.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rumah idaman anda! Daftar di sini hari ini untuk mendapatkan pakej pembeli awal atau hubungi 1700-81-2229 untuk maklumat lanjut.

Gunakan Waze untuk sampai ke Galeri Hartanah Jernih Residence, Kajang: https://waze.com/ul/hw283h2brh

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.