
Surat penerimaan (LOA) daripada JKR dianugerahkan kepada anak syarikat milik penuh, Global Facilities Management Sdn Bhd, untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan kemudahan bagi tempoh lima tahun bermula 15 Jun 2022 hingga 14 Jun 2027.
Di bawah LOA itu, skop perkhidmatan GFM antara lain meliputi perkhidmatan operasi dan penyelenggaraan (O&M) berhubung pengurusan peralihan, seni bina, sivil dan struktur, mekanikal, elektrikal, landskap, sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer, kecekapan tenaga dan pembaikan dan penggantian.
“Kontrak ini memberikan kami kebolehlihatan pendapatan yang lebih baik dan menambah semula nilai perolehan kontrak semasa kepada RM1.4 bilion,” kata naib pengerusi eksekutifnya Ruslan Nordin dalam kenyataan.
Pada masa sama katanya, ia membantu syarikat memperolehi lebih banyak kerja daripada sektor awam.
“Kami mempunyai rekod prestasi kukuh dalam menyelenggara kemudahan awam, termasuk premis Bank Negara, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Sultan Iskandar di Johor.
“Kami yakin kepakaran dan kemahiran ini membolehkan kami menyampaikan perkhidmatan pengurusan kemudahan yang berkesan di Istana Negara,” tambahnya.
Selain perkhidmatan pengurusan kemudahan, GFM juga adalah pemilik syarikat konsesi aset universiti, KP Mukah Development Sdn Bhd untuk Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Mukah di Sarawak.