
Menteri Besar Sanusi Mohd Nor berkata, dakwaan itu juga perlu dirujuk kepada ADUN Kubang Rotan Asmirul Anuar Aris kerana beliau menulis tentang perkara itu.
Pada masa sama, Sanusi turut menolak cabaran Asmirul supaya mendedahkan nama individu yang terlibat dalam penyelewengan dana bantuan terbabit.
“Saya baca Asmirul tulis cerita itu, jadi kena tanya dialah (Asmirul). Saya tidak ada jawapan. Saya tidak terima cabaran dia (untuk mendedahkan nama anggota Exco terbabit).
“Cabaran itu tidak signifikan, buat apa saya nak bising-bising. Biar agensi buat kerja. Dia pun nampak sangat macam ‘over’ sikit. Suruh orang bercakap. Dia nak cakap, dia cakaplah. Kena pergi tanya dia,” katanya menurut laporan Sinar Harian.
Sebelum ini, SPRM dilaporkan menyiasat satu kes melibatkan penyelewengan dana bantuan pakej rangsangan ekonomi yang didakwa membabitkan seorang anggota Exco Kedah.
Khamis lalu, Asmirul yang juga bekas exco belia dan sukan Kedah memuat naik kenyataan di akaun Facebook miliknya dengan mencabar Sanusi supaya membuat kenyataan akhbar menafikan wujudnya sebarang salah laku melibatkan anggota Exco Kedah.