Klang antara lokasi di 3 negeri terima amaran cuaca buruk

Klang antara lokasi di 3 negeri terima amaran cuaca buruk

Negeri yang dijangka menerima amaran cuaca buruk itu adalah Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu diramal berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
PETALING JAYA:
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan melibatkan tiga negeri sehingga 10.00 pagi ini.

MetMalaysia dalam satu pemakluman di Facebook berkata, cuaca buruk itu berlaku di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Selangor melibatkan melibatkan Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang sementara Negeri Sembilan iaitu Port Dickson turut mengalami amaran sama.

“Perak pula membabitkan dua kawasan iaitu Bagan Datuk dan Hilir Perak.” menurut agensi itu.

“Amaran berkenaan dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.