
Ia susulan kegagalan kerajaan mengadakan Mesyuarat Khas Parlimen bagi membentang dan membahaskan RUU itu.
Majlis Presiden PH bagaimanapun berharap RUU itu akan dapat dibentang, dibahas seterusnya diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.
“Majlis Presiden Pakatan Harapan menimbulkan rasa kecewa di atas kegagalan kerajaan memanggil Sidang Khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang RUU Anti-Lompat Parti seperti dimaklumkan sebelum ini.
“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 perkara dalam memorandum persefahaman (MOU) di antara PH dan kerajaan akan tercapai, bersamaan dengan 83%,” katanya dalam kenyataan.
Menurut PH, tiga perkara MOU masih perlu dilaksana adalah menetapkan had dua penggal atau 10 tahun bagi perdana menteri, membentang RUU perkhidmatan parlimen dan meminda Peraturan-peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.
“Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera dengan perdana menteri bagi membincang RUU Anti-Lompat Parti serta perkara-perkara di atas,” katanya.