
Apabila masa berlalu, mahkamah Malaysia kemudiannya membenarkan perbankan dalam talian dijadikan satu bentuk pembayaran ikat jamin lain yang memudahkan lagi proses itu.
Selaras dengan usaha pendigitalan yang dicadangkan oleh kerajaan, eJamin diperkenalkan pada tahun 2020 bagi membolehkan transaksi tanpa tunai melalui FPX (perbankan dalam talian) dilakukan bagi urusan pembayaran jumlah ikat jaminan tertentu.
Ini menjadikan kaedah transaksi tersebut lebih selamat dan diterima oleh mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut.
eJamin ialah kaedah pembayaran yang dibangunkan oleh DAPAT Vista (M) Sdn Bhd dan diluluskan penggunaannya oleh Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, ketika eJamin terus mendapat perhatian di lebih 177 mahkamah di Malaysia, kumpulan umur tertentu didapati menghadapi masalah untuk melakukan transaksi perbankan dalam talian kerana kekurangan pengetahuan dan pengalaman, serta kekurangan kepercayaan dan keyakinan terhadap sistem transaksi dalam talian.
Menyedari isu yang dihadapi, eJamin terus berinovasi dan memperkenalkan satu lagi fungsi terbarunya yang dikenali sebagai Mesin Teller eJamin (eJTM), yang membolehkan pengguna membayar ikat jamin menerusi mesin ATM yang terdekat dengan mereka.
Dalam pada itu, pengguna boleh melakukan bayaran ikat jamin menerusi sistem pembayaran JomPAY, mesin ATM dan juga melalui Mesin Deposit Tunai (CDM) CIMB.
Pengguna boleh membuat pembayaran jumlah jaminan secara mudah dengan menggunakan akaun bank sedia ada tanpa perlu membuka akaun bank baharu penjamin.

Menurut Pengarah Urusan DAPAT Vista Sdn Bhd, Amanda Sabri, perkhidmatan tersebut memudahkan pembayaran ikat jamin yang berjumlah RM125 juta pada tahun 2021.
“Sejak Januari 2020, wujudnya lebih 69,000 kes yang membuat bayaran ikat jamin melalui sistem kami,” katanya.
Beliau berkata, penerimaan dan pertumbuhan sistem pembayaran baharu ini turut dipercepat dengan had yang ditetapkan oleh bank bagi jumlah wang yang boleh dikeluarkan dalam seharian, serta beberapa kumpulan seperti golongan B40 yang memerlukan masa panjang untuk mengumpul dana sebelum membuat bayaran berkenaan.
“Pada masa lalu, penjamin dikehendaki membuka satu akaun bank penjamin yang akan dikenakan caj bank tambahan selain perlu menampung kos pengangkutan ke cawangan bank yang turut memberi tekanan kepada penjamin,” katanya.
Dengan eJamin dan fungsi eJTM baharunya, keseluruhan proses pembayaran ikat jamin yang mengambil masa selama tiga jam atau lebih kini boleh disiapkan dalam tempoh 15 hingga 30 minit dan pada masa sama turut menambah lapisan keselamatan sedangkan penjamin tidak perlu membawa keluar wang tunai dari mesin ATM.
Bagaimanapun, masih terdapat cabaran yang perlu ditangani, iaitu pendigitalan sebagai penyelesaian harian yang boleh dipercayai.
Setakat ini, 92% golongan dewasa di Malaysia mempunyai akaun bank, tetapi kadar penggunaan perkhidmatan digital masih kekal rendah.
“Sebagai sebahagian daripada proses pembelian, eJamin menyediakan video tutorial dan buku panduan yang menggariskan kesederhanaan sistem pembayaran baharu serta meja penasihat pengguna untuk memberikan bantuan di mahkamah menerusi program eJamin yang kini dilancarkan di seluruh negara.
“Kami yakin pengguna (penjamin) akan berasa gembira apabila mereka melakukan transaksi pembayaran dengan eJamin pada kali pertama,” kata Amanda.
Beliau berkata, tumpuan bagi tahun ini adalah untuk terus memacu transaksi tanpa tunai di Malaysia, serta mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar di seluruh Malaysia.
“Kami berharap tiada sesiapa pun yang ketinggalan. Pendigitalan adalah gelombang masa depan dan kami mahu mencapai kejayaan pelaksanaan pendigitalan untuk rakyat Malaysia dalam masa terdekat,” katanya.
“Matlamat kami menjelang tahun 2022 adalah meneruskan amanah yang diberikan oleh mahkamah kepada kami dan berusaha mendapatkan lebih 80% mahkamah di seluruh Malaysia berdaftar dengan eJamin bagi membolehkan pembayaran ikat jamin dilakukan menerusi kaedah pembayaran eJTM yang baharu dan terkini.”