Dominic dilantik ketua PN P Pinang, Sahruddin Johor

Dominic dilantik ketua PN P Pinang, Sahruddin Johor

Pelantikan kedua-dua mereka berkuat kuasa serta merta.

Dominic Lau dilantik ketua PN Pulau Pinang dan Sahruddin Jamal mengetuai Johor.
PETALING JAYA:
Presiden Gerakan Dominic Lau dilantik sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin, dalam kenyataan berkata Ketua Bersatu Johor Sahruddin Jamal dilantik sebagai ketua PN Johor, juga berkuat kuasa serta-merta.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN, malam tadi, yang dihadiri semua presiden parti anggota PN.

Mereka termasuk Lau, Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden Star Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Yong Teck Lee serta wakil semua komponen.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, mesyuarat juga membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN dan memperkukuhkan gerak kerja parti komponen dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan mendepani isu semasa dihadapi rakyat amnya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.