2 rentung, 5 rumah musnah dijilat api

2 rentung, 5 rumah musnah dijilat api

Mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemui dalam sebuah rumah dua tingkat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.
TAWAU:
Dua wanita maut dalam kebakaran yang memusnahkan lima rumah di Kampung Titingan, Jalan Tawau Lama di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Julius John Stephen Jr berkata, mayat Kamisah Mapiasah, 40, dan Sadiah Jabar, 70, ditemui dalam sebuah rumah dua tingkat.

“Sepasukan 19 pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 12.53 tengah malam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, operasi pemadaman yang tamat sepenuhnya pada 3 pagi tadi turut dibantu anggota bomba komuniti Sri Titingan.

Katanya, punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.