Kes tembak wanita hamil, lelaki 40 tahun disambung reman 6 hari

Kes tembak wanita hamil, lelaki 40 tahun disambung reman 6 hari

Lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa itu disambung sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis berkata, suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
PETALING JAYA:
Tempoh reman terhadap seorang lelaki berusia 40 tahun disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang wanita mengandung yang ditembak di bahagian perut di Pasir Mas, Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun berkata, reman lelaki yang mempunyai hubungan dengan mangsa itu disambung sehingga Selasa ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pada masa sama, kita juga memburu seorang suspek lelaki berusia 21 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan semalam, menurut laporan Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan mayat Farrah Emirah Mazlan, 26, yang mengandung tujuh bulan ditemui pada 4 petang Sabtu lalu oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Berikutan kejadian itu, lelaki berusia 40 tahun ditahan dan direman lima hari bermula 5 Jun sehingga semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.