TMJ berundur daripada JDT

TMJ berundur daripada JDT

Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT memaklumkan urusan harian berkenaan kelab itu diserahkan kepada pengurusan tertinggi.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan tindakannya disebabkan tanggungjawab dan komitmen lain. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan berundur daripada kelab bola sepak Johor Ta’zim (JDT).

Beliau yang juga pemilik JDT memaklumkan bahawa urusan berkenaan kelab itu diserahkan kepada pengurusan tertingginya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook rasmi kelab, Johor Southern Tigers.

Menurut kenyataan itu, Tunku Ismail bertindak demikian disebabkan faktor tanggungjawab dan komitmen lain.

“Disebabkan tanggungjawab dan komitmen saya yang lain, saya telah mengambil keputusan untuk berundur dan menyerahkan urusan harian kelab bola sepak JDT kepada pengurusan tertinggi kelab.

“Saya doakan yang terbaik untuk kelab dan semua,” katanya.

Tunku Ismail mengambil alih pengurusan pasukan bola sepak Johor itu bermula 2012.

Sepanjang hampir sedekad, pelbagai kejayaan diraih pasukan Harimau Selatan itu termasuk memenangi lapan kejuaraan liga berturut-turut, menjulang Piala AFC pada 2015 dan menjadi pasukan Malaysia pertama mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara AFC tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.