
Menurut Shahrir, RON93 lebih murah jika dibandingkan dengan RON95 dan 97 yang kini berada di pasaran.
“Pemilik motosikal boleh berjimat. Petrol kita berkualiti tinggi, semuanya tanpa plumbum,” kata Shahrir di Facebooknya..
Harga runcit petrol RON97 berada di paras RM4.72 seliter manakala RON95 pula kekal pada harga RM2.05 seliter dalam tempoh hari ini sehingga 15 Jun.
Harga runcit produk petroleum secara mingguan itu ditetapkan mengikut formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Menurut Shahrir, ketika menjawat jawatan tersebut, beliau ditugaskan mengendalikan harga petrol yang menyaksikan harga bahan mentah dunia itu melonjak naik.
Jelasnya, ketika harga petrol dinaikkan, kerajaan memberi rebat berbentuk bayaran tunai sebagai subsidi bersasar kepada pengguna kereta dan motosikal.
“Tambahan pula, diperkenalkan RON95 supaya pemilik kenderaan tidak perlu pakai RON97 sementara RON95 ada subsidi 30 sen seliter.
“Sekarang dah 14 tahun, sudah sampai masa untuk diperkenalkan semula petrol RON93 supaya pengguna ada pilihan petrol yang lebih murah daripada RON95.
“Tiga gred (iaitu) RON97, RON95 dan RON93,” katanya.