Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana

Kerja baik pulih menara komunikasi terbakar di Serting Tengah masih dilaksana

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia berkata kebakaran itu menyebabkan kelengkapan dan kabel pada struktur menara musnah.

Insiden kebarakan yang berlaku melibatkan menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.
KUALA LUMPUR:
Kerja baik pulih menara komunikasi di Bukit Bunga, Serting Tengah di Negeri Sembilan yang musnah dalam kebakaran pada Sabtu lepas masih dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

SKMM dalam kenyataan berkata semua penyedia perkhidmatan komunikasi di menara itu telah mengaktifkan Kenderaan Komunikasi Mudah Alih (MCV) dan Stesen Penghantar-Terima Asas Mudah Alih (PBTS) ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan masing-masing sehingga kerja baik pulih siap sepenuhnya.

Katanya, kebakaran menyebabkan kelengkapan dan kabel pada struktur menara yang dimiliki Maxis dan dikongsi bersama dengan Celcom, Digi serta U-Mobile itu musnah.

Punca kebakaran masih disiasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.