Edar dadah, lelaki dihukum gantung sampai mati

Edar dadah, lelaki dihukum gantung sampai mati

Seorang buruh binaan dijatuhkan hukuman itu selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 183.14g.

Tertuduh juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi lima pertuduhan lain membabitkan kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah. (Gambar Pixabay)
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Muar, Johor, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang buruh binaan selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 183.14g empat tahun lalu.

Hakim Abu Bakar Katar membuat keputusan itu ke atas Loo Yong Heng, 44, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berita Harian melaporkan, tarikh, masa dan tempat hukuman dijalankan bagaimanapun akan ditentukan kemudian.

Tertuduh juga didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi lima pertuduhan lain membabitkan kesalahan memiliki pelbagai jenis dadah berbahaya.

Sepanjang proses perbicaraan sejak 2018, seramai sepuluh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil untuk memberi keterangan.

Yong Heng didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Bukit Kontang, Tangkak, kira-kira 10.30 pagi pada 13 Feb 2018.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmod mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh diwakili peguam, Lim Chon Sin.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.