
“Saya tidak pasti mengapa Agensi Perlindungan Migran Indonesia di Jakarta mengambil keputusan sedemikian. Terdapat beberapa masalah di Lombok iaitu lokasi di mana mereka sepatutnya berangkat.
“Ia akan ditangguhkan sehingga salah faham itu diselesaikan,” katanya kepada FMT.
Mereka sepatutnya menjadi kumpulan pertama pekerja Indonesia yang tiba selepas pemberhentian pengambilan buruh akibat pandemik Covid-19. Kumpulan berkenaan sepatutnya tiba pada 8.10 malam ini, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Malaysiakini sebelum ini, melaporkan kira-kira 160 pekerja dari Lombok akan diambil bekerja di ladang sawit tempatan berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Katanya, pekerja terbabit akan tiba di Kuala Lumpur melalui penerbangan disewa khas Sime Darby Plantation Bhd.
Hermono berkata, semua kos membabitkan pekerja itu akan ditanggung majikan.
“Pekerja akan dibayar gaji minimum sekurang-kurangnya RM1,500,” katanya sambil menambah semua pekerja berasal dari Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia.