33% kanak-kanak lengkap divaksin

33% kanak-kanak lengkap divaksin

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6% lengkap divaksin.

Seramai 1,720,411 atau 48.4% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
KUALA LUMPUR:
Seramai 1,171,888 atau 33% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun lengkap divaksin di bawah Program Imunisasi Kanak-kanak Covid-19 Kebangsaan setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang CovidNow, seramai 1,720,411 atau 48.4% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,913,596 atau 93.6% lengkap divaksin, manakala 3,010,184 atau 96.7% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, sejumlah 16,096,363 atau 68.4% orang dewasa di negara ini menerima suntikan dos penggalak, 22,974,497 atau 97.6% lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,251,151 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 10,803 dos harian diberikan semalam, meliputi 5,322 dos pertama, 3,491 dos kedua dan 1,990 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan ialah 70,923,930.

Sementara itu, Portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan empat kematian Covid-19 semalam, dengan dua kes di Kedah dan masing-masing satu di Melaka dan Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.