
Sinar Harian memetik sumber sebagai berkata, kejadian itu dipercayai disaksi oleh anak mangsa yang berusia lima tahun.
Katanya, kejadian itu disedari kenalan mangsa yang juga pengusaha kedai kopi di premis berhampiran.
“Terdahulu, anak mangsa berlari keluar sambil menangis menuju kedai kopi terbabit.
“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, pengusaha terbabit membawa kanak-kanak berkenaan kembali ke rumah mereka dan menemui mangsa berlumuran darah.”
Sumber berkata, pengusaha kedai kopi itu segera melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan menerima laporan kejadian sekitar 5.30 petang semalam.
“Polis masih menjalankan siasatan dan mengumpul maklumat lanjut mengenai kejadian terbabit.
“Mangsa dipercayai berasal dari Kalimantan Barat dan tinggal bersama anak perempuannya berusia lima tahun,” katanya.