
Pencabarnya, Saifuddin Nasution Ismail memperoleh 1,468 undi.
Bagaimanapun, kemenangan ini tidak menjadi penentu, memandangkan Melaka hanya mempunyai kurang 4,000 pengundi, berbanding 147,334 di seluruh negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Shamsul Iskandar, yang juga naib presiden parti, ditewaskan oleh Mohd Rafee Ibrahim bagi jawatan ketua bahagian.
Bagi persaingan jawatan ketua Pemuda PKR pula, Adam Adli memenangi empat bahagian, manakala Fahmi Zainol, calon pasukan Rafizi, memenangi dua bahagian.
Pertembungan seorang lagi calon pasukan Rafizi, Rodziah Ismail dengan Fadhlina Sidek bagi jawatan ketua Wanita pula lebih sengit, dengan masing-masing memenangi tiga bahagian.
Sementara itu, Halim Bachik menang di bahagian Masjid Tanah dengan hanya empat undi melebihi pencabarnya, Amran Othman, bagi jawatan ketua bahagian.
Di Alor Gajah, Ginie Lim, yang digugurkan sebagai calon oleh parti itu berhubung dakwaan kaitannya dengan Azmin Ali, menang dengan 594 undi.
Pemilihan PKR secara rasminya telah berakhir, berikutan pemilihan semula di 12 bahagian di Kedah, Terengganu, Sabah, Selangor dan Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa dalam kenyataannya hari ini berkata, keputusan tidak rasmi akan diterbitkan di laman sesawang parti mulai hari ini, manakala keputusan rasmi akan diumumkan pada 25 dan 26 Jun.