
Menurut laman sesawang CovidNow, sebanyak 1,701,913 atau 48% daripada kumpulan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,912,165 atau 93.6% telah lengkap menerima vaksinasi, manakala 3,008,698 atau 96.7% daripada kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Dalam pada itu, sejumlah 16,091,882 atau 68.4% golongan dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,974,021 atau 97.6% lengkap dua dos dan 23,250,491 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.
Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 18,886 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 8,536 dos pertama, 8,774 dos kedua dan 1,576 dos penggalak, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sebanyak 70,877,636.
Sementara itu, menurut portal Github Kementerian Kesihatan, dua kematian akibat Covid-19 direkodkan di Selangor semalam.