Bekalan ikan kurang kerana kerenah birokrasi, sistem lemah, kata LKIM

Bekalan ikan kurang kerana kerenah birokrasi, sistem lemah, kata LKIM

Ini mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan, kata Pengerusi LKIM Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

Pengerusi LKIM Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, persediaan perlu dibuat dengan membeli lebih banyak ikan untuk disimpan. (Gambar Bernama)
TAIPING:
Masalah birokrasi dan sistem penyampaian yang lemah dikenal pasti sebagai punca kekurangan bekalan ikan di negara ini.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kelemahan tersebut jika tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kekurangan bekalan ikan berlarutan.

“Keadaaan ini berlaku sehingga menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan dan rakyat memerlukan bantuan segera.

“Sekarang simpanan ikan tidak ada, kalau ada … kita boleh bagi percuma kepada rakyat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengerusi LKIM Bersama Nelayan dan Masyarakat di Changkat Jering, dekat sini malam tadi.

Pada 22 Mei, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Abdul Hamid Bahari berkata, pendaratan ikan terutamanya di utara Semenanjung berkurangan hingga 70%, iaitu daripada lebih sejuta tan kepada kira-kira 300,000 tan sebulan berikutan keadaan cuaca tidak menentu sejak dua bulan lepas.

Syed Abu Hussin berkata, beliau telah membentangkan masalah bekalan ikan kepada lembaga pengarah yang dianggotai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Kewangan dan Unit Perancang Ekonomi agar tindakan segera dapat diambil, namun masih tiada jawapan balas.Ini mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung kesan kenaikan harga ikan, kata Pengerusi LKIM Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.

“Sampai hari ini, LKIM belum lagi mula menyimpan ikan sedangkan kita mempunyai kilang membeku ikan tetapi tidak jalan, dan 1,000 tan metrik tong sejuk beku yang kita ada juga terbiar. Ikan sejuk beku boleh disimpan sehingga dua tahun,” katanya.

Beliau berkata, persediaan perlu dibuat dengan membeli lebih banyak ikan untuk disimpan memandangkan keadaan laut ketika ini bukan musim tengkujuh.

“Kita mempunyai Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kalau terdesak dan ikan berkurangan … di mana kita hendak mencarinya. Bagi mengatasi krisis bekalan ikan, hendaklah cepat-cepat turun ke laut,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.