
Ketua Polis Daerah Penampang, Mohd Haris Ibrahim berkata, polis percaya kejadian yang berlaku kira-kira 6.30 petang 18 Mei lalu itu bermotifkan cemburu dan sakit hati.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 24 tahun itu cedera parah di kepala dan badan akibat ditetak suspek berusia 20 tahun.
Susulan itu, katanya, polis menahan suspek untuk tindakan lanjut pada 20 Mei lalu.
“Ketika ditahan, polis merampas parang dipercayai digunakan dalam serangan berkenaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Haris berkata, kes itu dianggap selesai dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
Katanya, kertas siasatan penuh akan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya secepat mungkin untuk tindakan lanjut.