
Naib Canselor Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti juga akan membantu siasatan kes kematian pelajar tersebut kerana mendiang merupakan sebahagian keluarga besar institusi pengajian tersebut.
“Masyarakat di luar diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka bagi mengenalpasti punca kejadian sebenar,” kata Haim dalam kenyataan, hari ini.
Seramai enam pegawai Suruhanjaya Tenaga dan Polis juga telah hadir bagi menjalankan siasatan di tempat kejadian.
Dalam kejadian Isnin Sabtu lalu, penuntut Sarjana Muda Perakaunan (Sistem Maklumat), S Vinosiny, 21, ditemui meninggal dunia di asramanya yang didakwa akibat renjatan elektrik.
Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menunggu keputusan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.
Kematian penuntut itu setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.