
Bekas perdana menteri Najib Razak, berkata kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam termasuk bas GoKL secara percuma untuk penduduk sekitar ibu kota.
“Melihat kesesakan trafik Lembah Klang semakin teruk setelah ekonomi dibuka semula, saya harap kawan-kawan akan lebih pertimbangkan untuk mencuba pengangkutan awam.
“Jika nak ke mana-mana, pertimbangkan untuk menaiki Grab, teksi, bas atau memandu ke stesen terdekat untuk teruskan perjalanan masing-masing dengan pengangkutan awam,” kata Najib di Facebooknya, hari ini.
Menurutnya lagi, walaupun Projek LRT3 dan MRT2 belum beroperasi, rakyat mempunyai banyak pilihan pengangkutan awam yang lain.
“Kita ada KTM Komuter, Rapid Bas, LRT1, LRT2 dan MRT1,” kata Najib.
Selain itu beliau turut memohon majikan supaya meneruskan waktu kerja anjal serta program bekerja dari rumah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.