2 beranak ditemui mati dalam rumah

2 beranak ditemui mati dalam rumah

Seorang wanita berusia 71 tahun dan anak lelakinya, 35, ditemui tergantung di dalam sebuah rumah di Kampung Baru Kundang, Rawang.

Mayat ibu dan anak itu dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat.
PETALING JAYA:
Seorang wanita warga emas dan anak lelakinya ditemui mati semalam di dalam sebuah rumah di Rawang, Selangor.

Wanita tersebut, 71, dan anaknya, 35, kedua-duanya warga tempatan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri, tergantung di dalam rumah terbabit yang terletak di Kampung Baru Kundang, kata Ketua Polis Gombak Zainal Mohamed Mohamed.

Zainal berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 10.17 pagi dan siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor turut hadir di lokasi kejadian untuk membantu siasatan, katanya.

“Tiada sebarang kesan umpil dan pecah masuk. Barang-barang peribadi milik kedua-dua mereka seperti wang tunai dan telefon bimbit berada di tempat kejadian,” katanya menurut laporan Bernama.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Sungai Buloh untuk tujuan bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga laporan bedah siasat lengkap diperolehi,” kata Zainal.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat lanjut diminta menghubungi Ketua Balai Polis Kundang Sarjan Mejar Wan Azhar Wan Ariffin di talian 03-60341222 atau 019-9997233.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.