
Difahamkan, tiga daripada mereka adalah pelajar Tingkatan 4 dan seorang lagi Tingkatan 3 yang tinggal di asrama sekolah terbabit.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Seremban Nanda Maarof ketika dihubungi hari ini, lapor Berita Harian.
“Penama akan dituduh pada Isnin, 23 Mei di Mahkamah Majistret Seremban. Berdasarkan maklumat, mereka akan dituduh dan selepas itu akan diberi jaminan untuk laporan akhlak sebelum tarikh baharu ditetapkan bagi dijatuhkan hukuman,” katanya.
Remaja terbabit akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, manakala seorang lagi pelajar Tingkatan 5 dijangka dipanggil untuk memberi keterangan sebagai saksi.
Empat pelajar terbabit dikatakan telah ditahan pada 7 petang Jumaat lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa dipercayai disepak, dipukul dan ditampar pelajar senior sehingga lebam dan menyebabkan tulang pada pergelangan tangan retak dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam.
Difahamkan, remaja berusia 13 tahun berkenaan dipanggil pelajar senior ke sebuah bilik di asrama kerana dikatakan menimbulkan masalah.