
Katanya, jurulatih berusia 46 tahun itu ditahan hingga 23 Mei ini bagi membantu siasatan.
“Pada 10 Mei lalu ibu pejabat polis daerah Kajang terima laporan daripada seorang lelaki berumur 46 tahun, memaklumkan anak perempuannya berusia 13 tahun iaitu pelatih wushu mengalami gangguan seksual daripada jurulatih wushu.
“Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 11 hingga 19 Feb lalu, sekitar 3 hingga 4 petang dan 12 hingga 1 pagi, ketika mangsa berada di rumah jurulatih wushu berkenaan,” katanya dalam kenyataan.
Zaid berkata, suspek melakukan gangguan seksual itu atas alasan mangsa gagal mematuhi arahan diberikan.
Dalam pada itu, Zaid berkata, mangsa juga diugut suspek jika memaklumkan kepada ibu bapanya.
Bagaimanapun, ancaman suspek itu tidak menyekat mangsa daripada memaklumkan kepada bapanya perkara menimpanya, justeru laporan polis dibuat.
Zaid berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Katanya, sekiranya didapati bersalah boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.