Lelaki OKU tak mengaku cabul kanak-kanak perempuan di lif

Lelaki OKU tak mengaku cabul kanak-kanak perempuan di lif

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Polis berkata, tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta minta untuk dibicarakan. (Gambar Reuters)
PETALING JAYA:
Seorang pesakit mental didakwa di Mahkamah Seksyen Putrajaya atas tuduhan mencabul kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam lif di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Habibi Majinji berkata, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Beliau berkata, tertuduh yang berusia dalam lingkungan 30-an itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah serta minta untuk dibicarakan dan tarikh sebutan kes ditetapkan pada 20 Julai depan.

“Pegawai penyiasat telah mendapat perintah mahkamah untuk menghantar OKT (orang kena tuduh) ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk pemeriksaan mental di bawah Seksyen 342 KPJ.

“Tarikh pemerhatian mulai 20 Mei hingga 19 Julai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, polis memaklumkan telah menahan semula tertuduh yang memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) selepas dibebaskan Sabtu lalu berikutan siasatan awal.

Habibi berkata, tangkapan dibuat pada Isnin lalu dan tertuduh kini menjalani tahanan reman selama lima hari.

Terdahulu media melaporkan ibu mangsa membuat laporan polis mendakwa tertuduh telah mencabul anak perempuannya yang dalam perjalanan pulang dari kedai runcit bersama seorang sepupu lelaki.

Ibu mangsa mendakwa tertuduh bertindak mengejar anaknya dan menahan pintu lif sebelum meraba alat sulit serta dada kanak-kanak perempuan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.