
Menterinya, Wee Ka Siong berkata, dakwaan Kaunselor Hal Ehwal Ekonomi bagi Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu, Muhammad Muhsinin Dolisada adalah “mengelirukan” kerana tiada halangan untuk perdagangan kapal kecil antara Malaysia dan Indonesia.
“Muhsinin tersilap mengaitkan isu itu dengan dasar kabotaj Malaysia, sebaliknya ia berkaitan dengan kapal bukan konvensyen dari Indonesia,” katanya dalam kenyataan.
Semalam Muhsinin berkata, perdagangan di perairan Tawau dan Kalimantan, Indonesia kini dilakukan dengan kapal kayu serta kapal lebih kecil yang tidak diiktiraf di bawah peraturan Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO).
Katanya, di bawah had kabotaj, IMO mengehadkan perdagangan dilakukan dengan kapal badan keluli.
Menjawab perkara ini, Wee berkata, dasar kabotaj dikawal di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952, bukannya peraturan IMO.
Mengenai perdagangan yang kini dijalankan dengan kapal badan kayu dan kapal lebih kecil, Wee berkata, di bawah MSO, pengecualian diberikan kepada kapal berdaftar dengan berat bersih di bawah 15 tan dan mempunyai lesen perkapalan sah.
Katanya, kapal itu tidak tertakluk kepada dasar kabotaj.
“Daripada dasar kabotaj, isu ini melibatkan pengiktirafan sijil perdagangan untuk kapal bukan konvensyen dari Indonesia,” katanya.