DUN Sarawak lulus pindaan kanun tanah, beri lebih kuasa kawal ruang udara

DUN Sarawak lulus pindaan kanun tanah, beri lebih kuasa kawal ruang udara

Pindaan itu turut merangkumi kawalan spektrum bagi tujuan infrastruktur telekomunikasi.

Definisi baharu “tanah” menjadikan bahagian ruang udara di atas tanah sebagai sebahagian daripada tanah, termasuk termasuk kawalan spektrum, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, MA1963, Hubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.
KUCHING:
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022, yang menukar definisi “tanah” di bawah kanun itu bagi memberi kuasa kerajaan negeri mengawal ruang udara dan segala harta benda di permukaan tanah itu.

Pindaan itu turut membolehkan kerajaan negeri mengawal selia penggunaan tanah, darat dan pesisir, di samping dasar laut yang membentuk pentas benua Sarawak untuk pengurusan dan penyimpanan karbon dioksida atau lain gas rumah hijau lain.

“Takrifan baharu bagi istilah “tanah” (dalam Kanun Tanah) adalah sejajar dengan yang terdapat dalam perundangan Malaysia yang lain seperti Kanun Tanah Negara,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963, Hubungan Negeri-Persekutuan) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Semasa membentangkan RUU, beliau berkata, definisi baharu itu akan menjadikan bahagian ruang udara di atas tanah sebagai sebahagian daripada tanah, manakala kawalan negeri terhadap ruang udara itu, termasuk sebarang perkara termasuk spektrum.

“Pindaan ini membolehkan kerajaan negeri memastikan spektrum ruang udara di negeri ini dikawal dan digunakan selaras dengan rancangan menambah baik infrastruktur telekomunikasi bagi menyokong transformasi ekonomi di bawah strategi pembangunan pasca Covid-19 2030,” katanya.

Sharifah Hasidah berkata, pindaan terhadap penggunaan tanah bagi penyimpanan dan pengurusan karbon dioksida akan menjadikan Sarawak sebagai negeri pertama di Malaysia yang memerlukan industri mematuhi keperluan antarabangsa untuk mengurangkan karbon.

Beliau berkata, Pihak Berkuasa Perancang Negeri Sarawak (SPA) akan diberi kuasa untuk meluluskan dan mengeluarkan lesen bagi tapak yang akan digunakan untuk penyimpanan karbon, yang boleh berada di darat atau luar pesisir Sarawak di pentas benua dalam sempadan negeri itu.

“Dengan adanya RUU ini, pelabur asing akan mendapati Sarawak destinasi pelaburan baik yang menyediakan kemudahan atau tapak yang dikawal selia dengan baik, bagi mereka mematuhi undang-undang antarabangsa mengenai pengurangan pelepasan karbon dioksida,” katanya.

Sementara itu, persidangan DUN Sarawak, hari ini, memilih Ahmad Ibrahim sebagai senator bagi menggantikan Zaeidy Suhaili, yang tamat tempoh sebagai ahli Dewan Negara, pada 18 Jul ini.

Sidang DUN akan bersambung esok.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.