
Beliau berkata, anggota berkenaan akan disiasat atas pelanggaran disiplin.
“Kita juga akan keluarkan kenyataan (berkenaan perkara ini) nanti,” katanya menurut laporan Malaysiakini.
Mangsa berusia 21 tahun dalam hantarannya di Facebook mendedahkan, penghendap itu datang menemuinya dalam acara “Cosplay Alley Anime Festival”.
Menurut laporan, wanita itu sudah memberi amaran kepada lelaki berkenaan supaya tidak mengganggunya, namun lelaki itu hilang kawalan dan mula menimbulkan kekecohan.
“Dia menolak rakan saya yang cuba menghalangnya daripada terus mendekati saya di reruai. Kemudian lelaki itu menjerit dan merayu kepada saya untuk bergambar bersamanya dan tidak menyekatnya dalam ‘Discord’ (aplikasi media sosial),” kata laporan itu.
Wanita itu dalam ciapannya di Twitter, hari ini, berkata seorang anggota polis menyatakan kepadanya: “You pakai macam ini (untuk) jual gambar, ini adalah akibatnya. You pun juga salah.”