Kes buli ‘junior’, polis ambil keterangan 30 pelajar

Kes buli ‘junior’, polis ambil keterangan 30 pelajar

Polis menerima empat laporan berhubung kejadian yang sedang disiasat itu.

Media sebelum ini melaporkan 75 pelajar Tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Labu mendakwa dibuli 20 pelajar Tingkatan 4 pada Jumaat lalu.
PETALING JAYA:
Polis mengambil keterangan 30 pelajar sebuah sekolah agama berasrama penuh di Labu, Negeri Sembilan, semalam bagi membantu siasatan kes pelajar Tingkatan 2 didakwa cedera akibat dibuli Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman berkata, empat laporan diterima berhubung kejadian itu yang sedang disiasat pihaknya dan semua pelajar terbabit selesai memberikan keterangan pada 2 petang semalam.

“Permohonan reman terhadap enam lelaki yang bersangkut dengan kes yang disiasat juga sudah dimohon dan reman dibenarkan selama satu hari sehingga 5 petang tadi (semalam),” katanya dalam kenyataan malam tadi yang dipetik Harian Metro.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima tiga laporan pada Sabtu lalu berhubung kejadian pelajar Tingkatan 2 cedera di beberapa bahagian badan selepas didakwa dibuli pelajar senior sebuah sekolah menengah agama berasrama penuh di Labu.

Kejadian itu didakwa berlaku kira-kira 11 malam Jumaat lalu membabitkan 75 pelajar Tingkatan 2 yang dibuli 20 pelajar Tingkatan 4.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.